? ??????????????Foam? ????? ?? ???Rating: 4.5 (90 Ratings)??220 Grabs Today. 17615 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lifes An Ocean? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??167 Grabs Today. 2661 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Under The Sea? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

adakah saya hensome??

Rabu, 16 Jun 2010

keris jumpa


keris ini dijumpai di dalam tanah apabila beliau sedang mengorek tanah untuk memacak tiang dijadi kan rumah...beliau juga berkata dia menjumpai keris ini dibaluti kain kuning dan beliau percaya keris ini keris di zaman dahulu kerana terdapat karat di keris itu....apabila malam beliau meletakan keris itu di dala almari nya dan beliau terus tidur di tepi almari itu..apabila tengah malam beliau digangu dan beliau tidak dapat tidur di tepi almari yang beliau meletak kan keris ini di dalam almarinya...

Selasa, 15 Jun 2010

myblog



Selasa, 8 Jun 2010

Kronolologi

1813

Daing Kuning tujuh bersaudara mendarat di Kuala Larut, tempat mendarat dinamakan Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning).Hanya Daing Kuning yang terus menetap dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Daing Kuning berkahwin dengan seorang puteri Raja Pattani dan dikurniakan anak iaitu Penghulu Che Ngah Tambah. Che Ngah Tambah ialah seorang pembesar negeri Perak(Orang Besar Lapan).

1875

Daing Kuning meninggal dunia dan dimakamkan di Kampung Tupai, Taiping. Che Ngah Tambah mempunyai empat orang isteri. Dari salah seorang isterinya, beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Uda Mohd.Hashim. Anak-anak beliau yang lain ialah Long Khatijah(Long), Mariah(Yah), Aminah(Minah), Mariam(Yam); isteri lain – Alang Ahmad, Putih Mat Salleh, Ahmad dan Abdul Wahab.

Awal 1900-an

Uda Mohd.Hashim bernikah dengan Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-Attas(seorang janda cantik).

Mereka telah berpindah dari Ayer Kuning ke Kampung Lake Garden, Taiping(dikurniakan tiga orang anak – Meor Abdul Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Sa’diah di samping tiga anak daripada suami pertama Sharifah Aluyah iaitu Alin, Hendon dan Putih).



21 Ogos, 1915

Meor Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Lake Garden.



1925

Berpindah ke Kampung Pokok Assam

Bersekolah di Sekolah Melayu Taiping (di Kamunting).

1928

Mula belajar Silat Seni Gayong daripada datuknya,Syed Zainal Al-Attas bersama-sama dengan 40 rakan.

1931

Tamat mempelajari Silat Seni Gayong, tetapi tidak dikhatamkan.

1933-35

-Bersekolah di Sekolah Inggeris Kamunting dan Government Trade School, Ipoh.
- Sering menziarahi kakaknya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah(bersuamikan Zainal Abidin, seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor di Balai Polis Kota Sarang Semut).



1936

-Menetap di rumah baru Hendon di Kuala Nerang, Kedah(Zainal Abidin dinaikkan pangkat ke pangkat ASP dan bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Nerang).
-Berkawan dengan Tengku Nong, anak saudara Tunku Abdul Rahman.
-Berkenalan dengan Tok Mek Jah(berasal dari Menam, selatan Thailand)di pekan Rabu, Kuala Nerang.
-Mengikuti Tok Mek Jah pulang ke Menam. Perjalanan menembusi Padang Sanai(bertanding dengan juara tomoi),Padang Terap(menemui Tok Choh), Kuak(menginap di rumah Lenchon, ketua kampung Siam; patahkan duit syiling perak untuk mengelak daripada bertarung dengan jaguh tomoi tempatan), Menam(dinding rumah penduduk diperbuat daripada kulit binatang).
-Di dalam hutan Menam, Meor Abdul Rahman dikhatamkan oleh Hang Tuah(dalam mimpi?) di batu hitam(batu hitam ini sekarang telah ditenggelami air untuk dijadikan empangan).
-Meor Abdul Rahman telah menghadap Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar di Manong dan menyembahkan taat setia. Beliau telah diuji dengan pelbagai ujian oleh Sultan. Sultan berpuas hati, memberi gelaran "Panglima Sendo Perak", dan berkenan mengambil beliau sebagai anak angkat. Meor Abdul Rahman diminta tinggal di istana.



1938

-Sultan Alang Iskandar mangkat.
-Meor Abdul Rahman kembali semula ke Kampung Pokok Assam. Beliau telah dikahwinkan dengan Kalsom binti Hj.Kechik di Kota Sarang Semut. Kalsom adalah orang tempatan Kota Sarang Semut dan telah tinggal bersama Hendon sejak Hendon menetap di Kota Sarang Semut lagi. Selepas berkahwin, mereka suami-isteri menetap di rumah Hendon di Kuala Nerang.

Penghujung 1938

-Meor Abdul Rahman merantau ke Singapura bersama Zainal Abidin(sepupu).
-Bekerja sebagai tukang kimpal di Naval Base. Naval Base baru sahaja dibuka dan dirasmikan pada ketika itu.


Pertengahan 1939

-Bekerja sebagai mekanik di Royal Signal Corps, Gillman Barrack.
-Menewaskan guru kombat yang berasal dari Hong Kong lalu dilantik menjadi guru kombat Royal Signal Corps yang baru.
-Membawa isteri, Kalsom binti Hj.Kechik ke Singapura.



1941

-Pulang ke Kota Sarang Semut.
-Tinggalkan isteri, Kalsom binti Hj.Kechik yang sedang sarat mengandung di rumah Hendon di Kuala Nerang.
-Dalam perjalanan pulang ke Singapura, beliau singgah di Taiping untuk menziarahi sepupunya, Nuteh binti Alang Ahmad. Beliau telah terpikat dengan anak Nuteh, Faridah binti Yusof(Anin).

-Tidak lama selepas itu, beliau telah berkahwin dengan Faridah dan dibawa ke Singapura.
-Menyewa bilik di Bushi Park, Prince South Street(dekat pawagam Cathay); kemudian disertai oleh Kalsom binti Hj.Kechik.

1942

-Berpindah ke Raden Mas (di Kampung Baru). Menyewa sebuah rumah(dua isteri, ibu mertua, adik ipar lelaki, dan anak,Fadhilah).



Februari,1942

-Perang Dunia Kedua meletus di Singapura. Meor Abdul Rahman telah membina kubu bawah tanah.
-Berpindah ke Batu 5 ½ Pasir Panjang(ada jeti di situ). Kemudian berperahu ke Pulau Sudong.



17 Februari,1942

-Pukul 11.00 pagi, di rumah penghulu Pulau Sudong, tujuh orang murid pertama Gayong: Naning, Mat Resad, Ahmad Puah, Mustapa, Kekeh, Wak Bendol dan Wak Kusang diperlimausintukkan.
-Berjaya menyelamatkan penduduk wanita Pulau Sudong daripada ancaman keganasan tentera Jepun.



Pertengahan 1942

-Kembali ke Taiping.

1943

-Dituduh menderhaka oleh tentera Jepun, lalu beliau telah ditangkap dan dipenjarakan di Taiping.
-Dijatuhi hukuman gantung tetapi beliau telah melawan, kemudian dibebaskan. Dua minggu kemudian dipaksa menyertai tentera Jepun sebagai polis Jepun (Kempeitai). Ditugaskan di Taiping dan kemudian di Ipoh (Kampung Selibing).
-Berkahwin dengan Syarifah Rehan binti Syed Chik(saudara sebelah ibu)(sebulan kemudian berpisah).

1945

-Kembali semula ke Pulau Sudong dan ditawarkan menjadi Penghulu Besar.
Gayong berkembang di wilayah Indonesia.
-Pulau Sudong menjadi Pusat Silat Seni Gayong.

1947

-Berpindah ke Singapura kerana ditawarkan bekerja di Malayan Secret Service - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura(ditugaskan menahan orang politik).
-Empat bulan kemudian, mohon bertukar jabatan - bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah (ditugaskan di bahagian Merinyu Timbangan – mencegah penyeludupan dan penipuan dalam timbangan).
-Dari Bahagian Merinyu Timbangan, kemudian berpindah ke Balai Polis Central, Singapura(mata-mata gelap berpangkat Sarjan).
Tinggal di tingkat dua, Kuarters Polis, Jabatan Siasatan Jenayah.Memiliki motosikal Triumph sebagai kenaikan.
-Isteri kedua, Faridah belajar menjahit di Geylang Serai manakala isteri pertama, Kalsom tinggal di rumah mengasuh anak.



23 Disember,1947

-Dikurniakan pingat King George VI oleh Kerajaan British.



1949

-Gayong diperkenalkan kepada rakan-rakan di Jabatan Siasatan Jenayah. Tujuh orang murid pertama di tanah besar Singapura; antaranya Ahmad Suni, Mansor Fadal, Sinwan(CID), Jonid Hanim(CID), Salim(CID) dan Hosni Ahmad.
-Bakar Sampah menjadi pusat latihan Gayong bagi tahun 1950-an.


1954

-Barisan wanita pertama sertai Gayong(kedua-dua isteri Mahaguru, Che Asmah/isteri Jonid, Aisyah/isteri Mansor Fadal, Rafeah Fadal, Hindun, Intan). Diserahkan di bawah pengawasan Ustaz Salim dan Said.
-Jonid telah dilantik menjadi Wakil Tunggal di Singapura semasa ketiadaan Mahaguru.



1955

-Gayong berkembang di Studio Jalan Ampas.Antara yang menyertainya ialah Jasni Ahmad, Neng Yatimah(ibu bapa Roseyatimah), Kasma Booty, A.Rahim, dan Nordin Ahmad. Kasma Booty ialah wanita pertama yang diuji berjalan di atas bara api serta lengannya dituris dengan pisau.


Gelanggang Gayong di Singapura pada tahun 1950-an:


- Bakar Sampah
-Jalan Red Hill(Jonid)
-Kg.Ubi(Jonid)
-Sek.Men.Victoria(Hussain Kaslan)
-Balestiar Road(Jasni Ahmad)
-Kg.Tentera British(Nordin Abd.Rahman)
-Kg.Melayu(Abbas)
-Sim Avenue(Mansor Fadal dan Jonid)



-Paridah menjalankan kelas jahitan di Batu 4 ½ Pasir Panjang(rumah kedai dua tingkat). Meor Abdul Rahman telah berpindah ke tingkat atas kedai(tingkat bawah disewa oleh Faridah).



-Murid Gayong bertambah ramai - Meor Abd.Rahman melantik Hosni Ahmad membantu Jonid mengajar di gelanggang serta menjalankan perlimau adat.

-Berpindah ke Alexandra(menyewa rumah teres batu).
-Faridah menjadi guru jahitan di Alexandra, Bukit Timah, Tanjung Pagar dan di Sekolah Latihan Polis, Thompson Road.


1957

- Tengku Kassim, Tengku Laksamana Kedah datang ke Singapura menemui Meor Abdul Rahman.
-Rombongan Silat Seni Gayong seramai 43 orang mengadakan persembahan silat di Sultan Abdul Hamid Sport Club.
-Berpindah pula ke Woodlands(setelah dua tahun menetap di Alexandra).
-Meor Abdul Rahman membina dua rumah papan(terletak dekat dengan kem tentera dan berhampiran pantai).
-Kalsom membuka kedai runcit. Faridah mengajar jahitan di Balai Keranji, Woodlands.
-Pusat Latihan Silat Seni Gayong ditubuhkan di Lorong Fatimah, Woodlands.


1958

-Perkhataman keris kali kedua di Melaka.

1959

-Dato’ Onn Jaafar bertemu dengan Meor Abdul Rahman dan melamar untuk menjadi ahli Gayong. Dato’ Onn telah dilantik sebagai Penasihat dan Waris Beradat Gayong.
-Meor Abdul Rahman diundang ke Melaka untuk mengadakan persembahan silat di Bukit Lintang.
-Lembaga Beradat Gayong mula dibentuk dengan perlantikan Orang Besar 4,Orang Besar 8, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32.
-Meor Abdul Rahman bersama Dato’ Onn Jaafar serta rombongan Gayong dari Singapura telah melawat Kedah.

1961

-Meor Abdul Rahman bersara daripada perkhidmatan kerajaan(kepolisan) dan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembangkan Gayong, berpusat di kediamannya, di No.13A, Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura.



9 Disember 1961

-Sharifah Aluyah meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning.



1962

-Meor Abdul Rahman melawat Kedah, dan membawa guru-guru dari Kedah untuk mengembangkan Gayong di Negeri Sembilan, Johor dan Singapura.
-Meor Abdul Rahman telah mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar. Dato’ Onn telah merangka perlembagaan pertubuhan.

November 1962

-Meor Abdul Rahman membawa guru-guru Kedah di Singapura bergerak naik ke Melaka dan membuka gelanggang di Taboh Naning, Alor Gajah dan Bukit Lintang.



Disember,1962

-Meor Abdul Rahman melantik Abd.Majid Mat Isa menjadi Gurulatih Tertinggi merangkap Timbalan Pengarah Silat Seni Gayong.

Januari,1963

Meor Abdul Rahman bersama rombongan Gayong dari Singapura melawat ke Kedah.



Mac,1963

-Meor Abdul Rahman membawa tujuh orang guru dari Kedah untuk kembangkan Gayong ke seluruh Tanah Melayu. Tiba di Perak, buka gelanggang di Kampung Ayer Kuning, Kampung Terong dan Kampung Lubuk Terong. Dari Perak, rombongan seterusnya menuju ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura.
-Meor Abdul Rahman telah memanggil semua guru yang bertugas di Semenanjung untuk menghadiri kenduri perkahwinan Fadhilah di Lorong Fatimah, Woodlands.


22 Oktober,1963

-Pendaftaran Silat Seni Gayong diluluskan dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong dengan nombor pendaftaran 361.


1964

-Mesyuarat Agung PSSGM pertama di Gurun ,Kedah. Meor Abd.Rahman(YDP) dan Meor Abdul Aziz(NYDP).
-Ibu pejabat PSSGM berpindah ke Kota Sarang Semut – Meor Abdul Rahman turut berpindah dari Singapura dan menetap di Kedah.
-Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong telah berpindah dari Woodlands, Singapura ke Kota Sarang Semut, Kedah. Bagaimanapun, upacara adat istiadat dijalankan di Ayer Kuning, Taiping.
-Gayong Perdana yang pertama diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abd.Halim Muadzam Syah.



18 Februari,1964

Uda Mohd.Hashim meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning.



1965

-Perdana Gayong kedua diadakan di Stadium Kubu, Melaka.

1966

-Meor Abdul Aziz meninggal dunia.



1967

-Istiadat pertabalan ahli Lembaga Beradat diadakan di Ayer Kuning, Taiping.



31 Ogos,1967

Sambutan 10 tahun Merdeka - 500 orang ahli Gayong telah mengetuai perbarisan.

1969

-Meor Abdul Rahman menetap di Ayer Kuning, Taiping.
-Dato’ Harun Hj.Idris diisytihar sebagai Imam Khalifah Selangor.

1970

-Meor Abdul Rahman bersama Setiausaha Agung PSSGM dan dua gurulatih Gayong Selangor diundang ke Osaka, Jepun (mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka ‘70).
-Balai adat PSSGM dibentuk di Ayer Kuning.



27 Januari,1971

-Balai Adat dan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Idris Syah. Sultan Idris bersetuju menjadi Penaung Agung Silat Seni Gayong Malaysia

1971

-Meor Abd.Rahman dikurniakan darjah kebesaran Dato'Paduka Chura Simanjakini(DPCM) oleh Sultan Perak(membawa gelaran Dato’) dan Dato’ Meor Abdul Rahman telah menggelarkan Sultan Perak, Sultan Idris Syah dengan gelaran Sang Sapurba Negara.
-Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia.

1973

-Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia.
-Dato’ Meor Abdul Rahman menewaskan Bruce Lee di Hong Kong.



1974

-Balai Adat baru dibina, khas untuk dilangsungkan upacara adat istiadat pertabalan, penganugerahan tauliah dan bengkung tertinggi.
-Dato’ Meor Abd.Rahman melawat Sabah, bertemu Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah.Tun Datu Mustapha telah dilantik sebagai Imam Khalifah Gayong bagi Negara-negara Islam.


Mac,1975

-Tun Abdul Razak ditabalkan sebagai Timbalan Imam Khalifah Agung Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.



1976

-Dato’Meor Abd.Rahman dan isteri pertama, Kalsom Hj.Kechik melawat Sarawak, bertemu dengan Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak.



11 Disember,1976

-Televisyen BBC London merakamkan upacara Mandi Minyak di Dewan Belia Kampung Pandan yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abdul Rahman.



Julai,1977

-Perkhataman keris kali kelima di Teluk Batik, Perak.



Ogos, 1977

-Cikgu Abd.Majid Mat Isa dilucutkan jawatannya sebagai Gurulatih Tertinggi PSSGM oleh Dato' Meor Abdul Rahman.



April, 1978

-Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia(PSSPGM) ditubuhkan dan didaftarkan di Pulau Pinang.



20-23 Februari,1985

-Dato’ Meor Abdul Rahman melawat ke Brunei kali pertama. Menghadap Sultan Brunei.



Januari,1986

-Datin Kalsom Hj. Kechik meninggal dunia.



19-21 Mac,1986

-Dato’ Meor Abdul Rahman melawat Brunei kali kedua.
-Dato’ Meor Abdul Rahman bersama Tuan Haji Ahmad Nayan bin Saad melawat London.




Disember,1987

-Dato’ Meor Abdul Rahman menghadiri Kejohanan Silat Sedunia di Kuala Lumpur. Pengakuan aktor terkenal Indonesia, Dicky Zulkarnain bahawa bukan beliau yang menewaskan Bruce Lee tetapi Dato’ Meor Abd.Rahman.


Disember,1989

-Pertabalan ahli Lembaga Beradat Selangor dan perlantikan Tan Sri Muhammad bin Muhd. Taib sebagai Imam Khalifah Gayong Selangor.



Mei,1991

Perkhataman keris terakhir yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abd.Rahman di Port Dickson, Negeri Sembilan.



23 Jun,1991

-Dato’ Meor Abdul Rahman meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre. Beliau dimakamkan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Lama, Taiping.
-Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Faridah Yusof dan anak-anaknya Siti Fadhilah, Siti Kalsom, Badek Ruzaman, Sazali, Sheera dll.

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Dato' Meor Abdul Rahman juga sangat rapat dengan Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar yang berketurunan Raja Bugis. Dato' Meor Abdul Rahman pernah berkereta dengan baginda Sultan dan sering bertindak sebagai penasihat sultan. Kerana akrabnya hubungan Dato' Meor Abdul Rahman dengan Sultan Johor, menurut ceritanya, baginda Sultan Johor pernah bertitah bahawa cuma Dato'Meor Abdul Rahman sahaja yang boleh menasihati baginda. Dato' Meor Abdul Rahman pernah mempersembahkan berita penemuan makam Daing Kuning kepada baginda Sultan Johor. Dato' Onn Jaafar merupakan orang pertama yang dibawa melawat Makam Daing Kuning.

Sewaktu ditanya tentang lambang Gayong(temuramah di Universiti Malaya pada tahun 1979), Dato' Meor Abdul Rahman menyatakan,

"Asalnya, lambang Gayong bernaga satu. (Apabila)Dato' balik dari Singapura ke Taiping, Dato' kasihankan abang Dato', Meor Aziz yang banyak tolong Dato'. Meor Aziz tidak belajar silat tetapi cukup faham tentang adat-istiadat. Dato' angkat Meor Aziz jadi Penasihat Tertinggi(Advisor), ketika di Perak. Dato' dua beradik, (jadi) tambah satu naga lagi pada lambang Gayong. Yang betul cuma seekor naga sahaja lahir di dunia. Dato' lahir ke dunia dengan seekor ular yang telah pergi ke laut melalui Teluk Kertang di Matang, tempat orang Cina dan Melayu berperang pasal lombong. Ekor naga mengelilingi dunia bermakna Gayong akan terkenal ke seluruh dunia..."

Ketika ditanya tentang siapa pewaris Gayong selepas beliau(di Taiping pada tahun 1989), Dato' Meor Abdul Rahman berkata,

"Pesanan Ungku Syed Zainal, Gayong ini tidak boleh dibagi kepada murid yang tidak diturunkan(tak mahu belajar). Gayong ini, diwajibkan darah daging kita belajar. Kalau tidak mahu belajar, cuma hendakkan warisan - tiada warisan! Orang yang betul-betul jujur mengikut Gayong sekurang-kurangnya 21 tahun, tak putus-putus. Mengikut Dato' ke darat, ke laut, ke lembah...Cikgu Siti Kalsom - jadi Ibu Gayong. Dato' datang ke dunia ini untuk Gayong sahaja. Seorang pembantu Dato' iaitu Ibu Gayong. Gayong akan datang kembali balik semula, yang pangkal balik ke hujung, yang hujung balik ke pangkal, akhirnya akan bersatu balik. Segayong, sekendi, seperigi, seminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging, sepadu. Dato' tidak turunkan kesemua ilmu Gayong kepada seseorang murid - PERLU BERCANTUM!"

Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 23 Jun 1991, bertempat di Pusat Perubatan Pakar, Ipoh kerana sakit tua. Jenazah beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Lama, Taiping.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Al-Fatihah

Dato' Paduka Chura Simanja Kini

Pada tahun 1971, di atas kegigihan Mahaguru Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayongnya, beliau telah dikurniakan bintang kebesaran Dato' Paduka Chura Simanja Kini(DPCM) yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar.

Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman merupakan orang pertama diletakkan keris Taming Sari di atas kepalanya, iaitu sebelum beliau dikurniakan anugerah darjah kebesaran Dato' Paduka Chura Simanja Kini oleh Sultan Perak. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman, keris Taming Sari itu sangat berdaulat kerana sebaik sahaja tamat upacara penganugerahan tersebut dan apabila beliau telah kembali semula ke rumahnya, beliau telah diserang seram sejuk yang teramat sangat sehingga menyebabkan beliau mengamuk dan bertempik tidak tentu arah. Beliau tidak pernah mengalami perasaan yang sedemikian sepanjang beliau melibatkan diri dalam Silat Seni Gayong. Menurut Dato' Meor Abdul Rahman lagi, keris Taming Sari ini telah diserahkan oleh Sultan Mahmud Shah kepada anakandanya Raja Muzaffar yang hendak dirajakan di Perak. Sultan Mahmud juga telah menitahkan Raja Muzaffar supaya menamakan semula negeri Gangga Negara(nama lama Perak) dengan nama Perak, sempena nama Bendahara Melaka, Paduka Tun Perak.

Pada tahun 1972, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah berkenan menjadi Penaung Agung PSSGM dan Serantau. Baginda juga pernah suatu ketika turun takhta kerana mengambil Tapak Gayong di hadapan Mahaguru Dato’Meor Abdul Rahman. Selepas upacara tersebut baginda ditabalkan kembali menjadi sultan. Sultan Perak mempunyai hirarki paling tinggi di dalam Silat Seni Gayong. Baginda memakai sandang Seri Mahkota Agong Gangga Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti. Hal ini disebabkan Sultan Perak adalah daripada jurai keturunan Sultan Melaka.

Pada 6 Mac 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak telah dilantik menjadi Paduka Imam Khalifah dan Penasihat Agung Majlis Tertinggi Adat Istiadat Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman. Dengan perlantikan ini, Perdana Menteri Malaysia(berketurunan Bugis) dengan rasminya telah menjadi murid kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Istiadat pertabalan itu telah diadakan di kediaman Tun Abdul Razak iaitu di Seri Taman, dengan disaksikan oleh kerabat-kerabat Gayong dari Perak, Kedah dan Selangor. Tun Abdul Razak kemudian mengakui dan berikrar bahawa anggota-anggota Gayong adalah "saudara segayong". Beliau juga diterima menjadi "anak angkat" kepada Dato' Meor Abdul Rahman dan menjadi "abang angkat" kepada Sultan Perak,



Sultan Idris Shah yang menjadi Penaung Agung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Adat istiadat melantik Tun Abdul Razak ini diselubungi suasana yang mengandungi unsur-unsur ghaib. Menurut Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, beliau mengambil Tun Abdul Razak sebagai anak angkat kerana berlaku beberapa petanda baik semasa istiadat pertabalan itu dilakukan. Tun Abdul Razak mempunyai beberapa petanda baik yang dapat dilihat semasa istiadat pertabalan itu dijalankan dan adalah suatu perkara yang luar biasa dan sukar diperoleh oleh orang lain. Hadir sama di istiadat itu ialah Imam Khalifah Gayong Selangor, Datuk Harun Idris, Imam Khalifah Gayong Perak, Datuk Sri Kamaruddin Mat Isa, Imam Khalifah Gayong Pulau Pinang, Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir, Datuk Senu Abdul Rahman(Imam Khalifah Malaysia), Tan Sri Syed Nasir(Imam Khalifah Malaysia) dan beberapa orang pembesar negara yang lain.

gayong di selangor

ada awal tahun 1960-an(sekitar tahun 1963), Tony Razman(bintang filem) bersama-sama Harun telah pergi ke Singapura untuk menemui Mahaguru Meor Abdul Rahman. Mereka telah memohon kepada Meor Abdul Rahman agar memperturunkan pelajaran Gayong kepada sekumpulan murid di Selangor. Mahaguru Meor Abdul Rahman telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan menaiki sebuah kereta, Mahaguru Meor Abdul Rahman pun bergerak naik ke Selangor dari Singapura. Ketika Mahaguru Meor Abdul Rahman sedang mengajar silat di Chow Kit, datang beberapa orang samseng yang diketuai oleh Mat Lodeh bersama-sama dengan Hasyim Teksi dan beberapa orang rakannya yang lain. Mat Lodeh lalu memperkenalkan diri mereka,

"Cikgu, kami semua ni guru silat. Saya Mat Lodeh. Ni Hashim Teksi..."

Lalu dijawab oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman,

"Kalau nak cerita pasal silat, baik engkau lima orang balik..."

Apabila menyedari gertakan mereka tidak berhasil, maka samseng-samseng tersebut pun berlalu dari situ. Tidak berapa lama kemudian, tiba sebuah lori yang dipenuhi dengan samseng-samseng lain. Begitu pun, Mahaguru Meor Abdul Rahman tidak berganjak dari tempatnya. Dengan bersenjatakan kapak, Mahaguru Meor Abdul Rahman telah memberi amaran kepada samseng-samseng tersebut,

"Balik!!!Sebelum aku mengamuk..."

Menyedari amukan Mahaguru Meor Abdul Rahman boleh mengakibatkan banyak kemalangan jiwa, maka samseng-samseng tersebut sekali lagi terpaksa berlalu pergi. Beberapa hari kemudian, datang pula beberapa orang ketua samseng menemui Mahaguru Meor Abdul Rahman. Samseng-samseng tersebut dengan lagaknya memberitahu Mahaguru Meor Abdul Rahman bahawa mereka boleh menumbangkan gajah dengan tumbukan mereka. Lalu dijawab oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman,

"Hah! Marilah tumbuk Meor Rahman pula..."

Apabila terasa diri mereka diperkecilkan, samseng-samseng tersebut tanpa berfikir panjang terus menyerang Mahaguru Meor Abdul Rahman. Serangan-serangan daripada samseng-samseng tersebut mudah sahaja dipatahkan oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman. Akhirnya, samseng-samseng tersebut mengaku kalah dan meminta maaf kepada beliau. Samseng-samseng tersebut telah meminta untuk menjadi murid Mahaguru Meor Abdul Rahman pula.

Berita kehebatan Mahaguru Meor Abdul Rahman menumbangkan kepala samseng di Kuala Lumpur telah tersebar dengan cepat. Tidak lama kemudian, Mohd.Razali Salleh(kemudian menjadi Setiausaha PSSGM) telah tiba di tempat kejadian dengan menaiki motosikal jenis Lambretta. Roda motosikalnya hampir-hampir tercabut kerana dipandu dengan laju. Mohd.Razali telah memohon kepada Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk menjadi murid Silat Seni Gayong.

Apabila Mohd.Razali Salleh memasuki Gayong, Silat Seni Gayong telah dikembangkan di Selangor melalui persatuan belia. Dewan Belia Kampung Pandan menjadi pusat latihan terawal di Selangor, manakala gelanggang Gayong terawal terletak di Kampung Baru, iaitu di belakang rumah Mohd.Razali Salleh. Di Selangor, Gayong dikembangkan secara mengadakan demonstrasi silat. Beberapa demonstrasi silat telah diadakan di Kampung Pandan, Damansara(di hadapan adinda Sultan Selangor), di Dewan Belia Kampung Pandan(di hadapan Datin Paduka Aisyah Ghani, yang juga menjadi ahli Gayong). Apabila Mohd. Razali Salleh mengambil alih jawatan Setiausaha Agung PSSGM dari En.Hussein(Kedah), pejabat Gayong telah dipindahkan ke Dewan Belia Kampung Pandan, iaitu pada tahun 1969.

matlamat

Silat berasal daripada perkataan Arab. Jika dieja silah (dengan huruf sin , ia bermaksud hubungan antara manusia. Sebaliknya, jika dieja dengan huruf sad, ia bermakna senjata. Kedua-dua pengertian di atas boleh menggambarkan matlamat asas Silat Seni Gayong. Ringkasnya, Silat Seni Gayong boleh diguna sebagai senjata untuk membela diri atau alat untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim antara umat manusia samada melalui disiplin atau semangat yang ditiupkan.


Silat Seni Gayong terhasil daripada ketajaman minda dan kepekaan bangsa Melayu terhadap alam sekeliling. Ia lahir atas kesedaran perlunya suatu teknik serta kemahiran untuk menjaga keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan agama. Ia adalah sejajar dengan seruan Allah SWT dalam surah al-Anfal supaya umat Islam membuat persediaan menghadapi musuh dengan kadar kekuatan yang termampu.


Silat Seni Gayong sebagai salah satu daripada seni silat Melayu tertua telah terbukti mampu menjadi wadah untuk mempertahankan akidah, maruah umat Islam dan bangsa Melayu.


Hakikat ini dinilai melalui coretan sejarah negara kita yang pada suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Pergerakan para pahlawan Gayong seperti allahyarham Dato' Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dato' Jenal, Dato' Maharaja Lela dan ramai lagi pejuang kemerdekaan tanahair telah berjaya membatasi penguasaan pihak penjajah dalam politik dan sosio-budaya penduduk tempatan.


Kini Silat Seni Gayong masih berperanan besar dalam masyarakat moden. Di samping membina tubuh badan yang sihat, Gayong menjadi saluran pendidikan dan perbentukan disiplin yang berkesan. Aktiviti yang dianjurkan dapat membantu usaha kerajaan membentas gejala keruntuhan akhlak kaum remaja. Kesinambungannya dapat memupuk komitmen pewaris bangsa kita menghargai warisan nenek moyang dan seterusnya menghayati makna sebenar sebuah kemerdekaan.

Rabu, 2 Jun 2010

gambar guru2 silat ku


latihan di koustes polis seriap perlis


majlis pembukaan silat seni gayong serantau di koustes polis seriap perlis




majlis pembukaan silat seni gayong serantau di koustes polis seriap perlis

gelanggang dato meor

Assalamualaikum,

Setelah hampir 4 tahun Gelanggang Dato Meor tidak aktif kini ia akan dibangunkan semula dengan misi dan visi yang lebih jelas bagi menaikkan maruah Silat Seni Gayong Malaysia dimata masyarakat khususnya dan dunia amnya. Gabungan pihak pengurusan yang turut dibantu oleh jurulatih dan pesilat yang komitmen diharap ia akan menjadi titik tolak kepada perbangunan Gelanggang Dato' Meor Abdul Rahman dan juga PSSGM seluruhnya , secara langsung ia akan meletakkan PSSGM di tempat yang tertinggi dihati pencinta seni beladiri. Walaupun ia bukan laman web rasmi PSSGM namun ia diharap dapat menjadi platform kepada semua ahli PSSGM seluruh malaysia dan nusantara berkumpul bagi bertukar-tukar idea dan juga mendapatkan informasi terkini mengenai gayong. Kami juga mengalukan saudara segayong dari Gayong Pusaka , Gayong Warisan serta Gayong PASAK agar sama-sama memeriahkan web dan juga forum ini.

Pihak pengurusan gelanggang sedang berusaha mengumpulkan seberapa ramai pesilat yang pernah bersilat di Gelanggang Dato' Meor ini bagi menguatkan lagi pengurusan serta mengukuhkan hubungan ahli-ahli yang telah lama terpisah.Oleh itu diharap semua ahli gayong gelanggang ini dapat turut serta berganding bahu didalam proses baik pulih gelanggang ini agar ia dapat digunakan secepat mungkin. Komitmen anda semua amat dihargai. Selain itu pihak pengurusan gelanggang juga sedang menjalankan aktiviti pemdaftaran ahli baru kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini. Alamat dan Nombor ada diruangan Contact





dato





Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Satu masa balik berpadu teguh.









Pembukaan forum yang membolehkan semua ahli PSSGM seluruh Malaysia dan nusantara berkumpul dan berkongsi maklumat terkini akan dilancarkan. Dengan pembukaan forum ini ia akan dapat mengukuhkan hubungan sesama gayong serta membolehkan ahli PSSGM membincangkan isu-isu semasa di dalam gayong. Kejayaan forum ini adalah bergantung kepada penglibatan anda semua. Kerjasama semua pihak adalah dihargai.

Selasa, 1 Jun 2010

SUKATAN PEMBELAJARAN

Sukatan pelajaran Silat Seni Gayong diajarkan secara sistematik mengikut tingkatan bengkung tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Guru-gurulatih Silat Seni Gayong Malaysia.



Peringkat pertama pelajaran Silat Seni Gayong dinamakan TAPAK. Ia dibahagikan pula kepada dua bahagian iaitu pelajaran Tapak Gayong dan pelajaran Seni Tapak Gayong.



Dalam pelajaran Tapak, murid Gayong diajar cara memanfaatkan senjata-senjata asli pada anggota badan untuk membela diri dan membalas serangan musuh. Pelajarannya merangkumi Senaman Anak Harimau, kaedah elakan dan pukulan serta tangkapan bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata.

Pelajaran Seni Tapak Gayong pula ialah permainan pentas atau kaedah membuka buah kuncian serta teknik membuat serangan balas yang lebih halus dan berbahaya. Dalam lain perkataan, ia merupakan perincian pelajaran Tapak Gayong dan dikenali juga Pecahan Tapak Gayong.



Peringkat kedua dinamakan Seni Gayong. Pada tahap ini, murid Gayong mula diajar cara menggunakan senjata tradisional Melayu. Manakala mereka yang terpilih pula akan diajar cara beramal dengan ilmu kebatinan. Ilmu kebatinan ialah ilmu kerohanian, dimana amalannya merupakan bacaan ayat-ayat suci

Al-Quran dan doa-doa tertentu. Tahap keyakinan dan pengabdian diri kepada Allah secar total amat diperlukan beserta pengetahuan agama yang betul. Ini adalah untuk memastikan segala amalan yang dilakukan tidak terseleweng dan sentiasa menepati kehendak syara'.



Dalam pelajaran Silat Seni Gayong, konsepnya ialah selagi ada gerak, selagi itulah ada Gayong. Sukatan matapelajaran boleh ditamatkan tetapi ilmu Silat Seni Gayong tiada pengakhirannya.



Semakin tinggi tahap kebolehan seseorang murid, maka semakin banyak pelajaran Silat Seni Gayong yang dapat dipecahkan tanpa mengubah keaslian silat itu sendiri. Permainan Silat Seni Gayong adalah hidup. Hanya mereka yang telah menjiwai Gayong (Ga, Alif, Ya, Wau, Nga) sahaja yang dapat memahami hakikat Silat Seni Gayong.





SUSUNAN PELAJARAN

1. Tapak Gayong

2. Seni Tapak Gayong

3. Seni Keris (keris, pisau, kapak dan seumpamanya)

4. Seni Simbat (tongkat, simbat suk, parang panjang dan lembing)

5. Seni Yoi (pergerakan lincah dan pantas bagi memperdaya dam mengelirukan musuh yang disertai

dengan pukulan dan serangan maut)

6. Seni Belian (ilmu kebatinan dan pelajaran tapak harimau berlawan dan mengoyak mangsa)

7. Seni Cendai (kain tudung, kain sarung, rantai, tali dan seumpamanya)





CORAK LATIHAN

Latihan Silat Seni Gayong dibahagikan kepada beberapa sesi seperti:

1. Senaman Gerak Anak Harimau

2. Ulangkaji pelajaran

3. Latihan kemahiran

4. Pelajaran baru

5. Senaman Anak Harimau

6. Serangan bebas

7. Sesi perbincangan dan nasihat

PAKAIAN

a. Warna: serba hitam


b. Kelengkapan:


i. tengkolok @ tanjak.

ii. baju kurung Melayu dengan potongan leher bujur sirih dan berlengan 3/4 panjang.

iii. bengkung berbentuk tali pinggang mengikut taraf pencapaian:

- Awan Putih

- Pelangi Hijau

- Pelangi Merah

- Pelangi Merah Tinggi - cula I hingga IIII

- Pelangi Kuning

- Pelangi Kuning Tinggi - cula I hingga V

- Hitam - Harimau Pelangi Cula Sakti - ccula I hingga VII

iv. seluar dengan 3/4 labuh kaki.


Bagi murid wanita, panjang lengan baju dan seluar mestilah menutupi pergelangan tangan dan buku lali (menutup


aurat) serta memakai kain sampin.







pakaian latihan




pakaian















PAKAIAN RASMI


Pakaian yang dikenakan dalam majlis-majlis rasmi seperti hari kebesaran atau upacara adat istiadat

Silat Seni Gayong.




Lelaki


a. Warna: serba hitam.

b. Kelengkapan:


i. tengkolok songket atau songkok.

ii. sepasang baju Melayu.

iii. sandang kebesaran adat atau kehormat yang dianugerahkan.

iv. sebilah keris.

v. sampin songket.

vi. sepasang capal / kasut dan stokin hitam.

adat gelanggang

Latihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan diakhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini


disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:


1.Surah Al-Fatihah (1 kali)


2.Surah Al-Ikhlas (11 kali)


3.Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)


4.Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan binatang serta


memohon diberkati pelajaran yang dituntut. - semasa membuka gelanggang.


5.Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir dan semoga


mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.


6.Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada Nabi Muhammad


s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato' Mahaguru serta zuriatnya,


kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta seluruh murid dan ahli Gayong yang telah


meninggal dunia baru atau lama.




Jika sekiranya hari latihan jatuh pada malam atau hari Jumaat, jumlah bacaan Al-Fatihah akan ditambah


menjadi 7 kali, Al-Ikhlas sebanyak 33 kali dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebanyak


11 kali.








ADAB DALAM GELANGGANG


Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang:


1.Tidak meludah.

2.Tidak memakai alas kaki.

3.Tidak bergurau senda

4.Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin bertemu

seseorang di luar gelanggang.

5.Menghormati rakan-rakan dalam latihan.

6.Tidak makan atau minum.


Bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan di tempat yang elok semasa

menikmati juadah atau makanan.

ADAT MENJADI AHLI

"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong" - ALLAHYARHAM DATO' MEOR A. RAHMAN


Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat. Jadi setiap orang yang menjadi ahli harus pula menjalani upacara mandi perlimau adat sebagai memenuhi syarat penerimaan sebagai murid Gayong. Di samping itu setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlu menyediakan pengeras yang berupa wang tunai. Walaupun pengeras ini adalah hak Mahaguru / warisnya sebagai satu ikrar halal-menghalal di antara Mahaguru dangan muridnya, namun ia tidak diberatkan kepada mereka yang tidak mampu.



Istiadat yang perlu ditempuh oleh seseorang itu sebelum diterima sebagai murid Gayong ialah Perlimauan Tapak bagi ahli lelaki dan Perlimauan Seni bagi ahli wanita. Upacara ini merupakan majlis akad penerimaan sebagai murid Gayong


Peringkat Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata -( tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab dalam melatih dan mengembangkan Gayong.

Pada peringkat Perlimau Sintuk Tapak, pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja.






Antara bahan-bahan asas sebagai simbolik bagi upacara ini ialah:

-Sebiji limau nipis Peralatan mandi orang dahulu.


-Akar sintok Peralatan mandi orang dahulu.
-Asam jawa & garam Semua kepayahan akan disudahi
pengalaman yang manis.


-Sesisir pisang Sebagai hidangan untuk tetamu.
-Bunga 7 warna (mandi seni shj) mengharumkan badan dan unsur sesuatu yang seni.
-Air Gayong Air yang telah didoa untuk memohon
keberkatan dan sebagai penerang hati
bagi murid yang ingin menuntut ilmu
Gayong dan segala ilmu Allah



Setelah selesai upacara mandi atau Perlimauan Tapak, maka rasmilah seseorang itu sebagai murid Silat Seni Gayong. Dengan itu, murid tersebut layak mempelajari ilmu Tapak Gayong. Apabila murid tersebut menjalani Istiadat Mandi Seni pula, beliau dengan sendirinya boleh mempelajari semua ilmu yang ada dalam Silat Seni Gayong beserta syarat-syarat tertentu.

Dalam kedua-dua upacara di atas, ahli-ahli dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan hadas besar serta mestilah dalam keadaan berwudhu.

TEMPAT BERSEJARAH GAYONG

Terdapat empat tempat sejarah Gayong seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Dato’ Mahaguru, iaitu:

1. Padang Antah Berantah di Beruas, Perak(tempat terdirinya kerajaan Gangga Negara)

2. Padang Sanai di Kedah(kawasan Mahaguru dikhatamkan)

3. Pulau Sudong di Singapura(tempat bermulanya Gayong diperkenalkan semula)

4. Sedili di Johor(tempat “pengakhiran Gayong”)