Silat berasal daripada perkataan Arab. Jika dieja silah (dengan huruf sin , ia bermaksud hubungan antara manusia. Sebaliknya, jika dieja dengan huruf sad, ia bermakna senjata. Kedua-dua pengertian di atas boleh menggambarkan matlamat asas Silat Seni Gayong. Ringkasnya, Silat Seni Gayong boleh diguna sebagai senjata untuk membela diri atau alat untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim antara umat manusia samada melalui disiplin atau semangat yang ditiupkan.
Silat Seni Gayong terhasil daripada ketajaman minda dan kepekaan bangsa Melayu terhadap alam sekeliling. Ia lahir atas kesedaran perlunya suatu teknik serta kemahiran untuk menjaga keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan agama. Ia adalah sejajar dengan seruan Allah SWT dalam surah al-Anfal supaya umat Islam membuat persediaan menghadapi musuh dengan kadar kekuatan yang termampu.
Silat Seni Gayong sebagai salah satu daripada seni silat Melayu tertua telah terbukti mampu menjadi wadah untuk mempertahankan akidah, maruah umat Islam dan bangsa Melayu.
Hakikat ini dinilai melalui coretan sejarah negara kita yang pada suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Pergerakan para pahlawan Gayong seperti allahyarham Dato' Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dato' Jenal, Dato' Maharaja Lela dan ramai lagi pejuang kemerdekaan tanahair telah berjaya membatasi penguasaan pihak penjajah dalam politik dan sosio-budaya penduduk tempatan.
Kini Silat Seni Gayong masih berperanan besar dalam masyarakat moden. Di samping membina tubuh badan yang sihat, Gayong menjadi saluran pendidikan dan perbentukan disiplin yang berkesan. Aktiviti yang dianjurkan dapat membantu usaha kerajaan membentas gejala keruntuhan akhlak kaum remaja. Kesinambungannya dapat memupuk komitmen pewaris bangsa kita menghargai warisan nenek moyang dan seterusnya menghayati makna sebenar sebuah kemerdekaan.
About Me
adakah saya hensome??
Selasa, 8 Jun 2010
matlamat
Dicatat oleh mohd nazwan di 7:02 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan